Cloth Diaper: Dari Mana Nak Mula?

Apa yang ibu2 perlu tahu tentang lampin moden?

Semua sedia maklum, besar dan byk persediaan yang perlu di buat oleh ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran termasuk lah dalam membuat keputusan sama ada mahu guna lampin moden atau disposable diapers saja..

Ramai juga ibu2 yang tertarik untuk mencuba cloth diaper (CD) tapi tak tahu nak mula dari mana kan? Mungkin juga ada yang tak terlintas di fikiran langsung tentang kewujudan lampin moden (CD) melainkan lampin yang biasa digunakan oleh ibu2 zaman dulu..

Tahu kah anda yang CD sekarang lebih mudah digunakan berbanding cara lama ketika zaman kita masih kecil dimana hanya menggunakan lampin putih dan di pakaikan dengan cover yang di ikat di kiri kanan.

KELEBIHAN CLOTH DIAPER (CD)
1. Bagus untuk anak
2. Bagus untuk enviroment
3. Bagus untuk ekonomi keluarga

JENIS CLOTH DIAPER:
Ada bermacam pilihan dan sistem cloth diapers. Antara yang popular adalah:

1. Prefolds
2. Fitted
3. Pocket
4. All in one
5. all in two
6. Hybrid

PREFOLD

prefolds-organic2015b

prefold ni adalah salah satu jenis fabric tebal di tengah yang mana kita akan lipat di kiri dan kanan saja..bahagian tengah dah tebal untuk serap air kencing baby..selalunya prefold ni kita pakai dengan cover. Contoh macam gambar bawah ni:

thrc.jpg

ada sesetengah ibu lebih suka gunakan cara ini sebab lebih senang kering masa laundry;)

 

FITTED

fitted-cloth-diaper-wrap

Fitted CD ni kelebihannya memberikan lebih ruang untuk kulit baby bernafas dan selalunya fitted juga perlu digunakan dengan cover sbb ada sesetengah fitted yang NOT WATERPROOF! Tapi selalunya design fitted ini lah yang cantik2! hehe

 

POCKET

Pocket CD pulak antara yang paling ramai guna kat malaysia ni. Pocket CD ni direka dengan poket untuk kita masukkan insert di dalamnya. Kebiasaanya Pocket CD ini di buat dengan “waterproof outer” supaya air kencing tak bocor. Insert pulak berfungsi untuk menyerap air kencing baby supaya baby lebih selesa dan tak rasa basah. Material insert bagi pocket diapers ni biasanya jenis Microfiber, ada juga material bamboo charcoal.

Nota: Insert microfiber tak boleh digunakan direct dengan baby skin, tapi material bamboo charcoal lebih skin friendly. Jadi ibu2 yang nak guna insert microfiber gunakan pocket cd untuk masukkan insert ya!

download

pocket CD dengan insert microfiber   pocket-features-main.jpg

material bamboo charcoal pulak berwarna hitam/grey dan lebih skin friendly.

 

AIO (All in ONE)

liljoey_inner.jpg

Aio ini adalah salah satu jenis CD yang rupanya sama seperti diapers pakai buang, sebab apa? sebab ianya direka khas tanpa perlu ibu2 bersusah payah dengan insert/soaker atau prefold. Cuma bagi sesetengah ibu, AIO lebih susah sebab mengambil masa untuk kering.

 

AI2 (All in two)

ai2-features-main

berbeza dengan AIO, AI2 direka dengan soaker atau insert untuk galakkan lebih penyerapan terutamanya bagi baby yang heavy wetter diwaktu malam. Tapi, AI2 juga direka untuk lebih cepat kering ketika laundry kerana soaker/insert boleh di tanggalkan. namun bagi ibu2 yang agak kelam kabut, kadang2 soaker nak matchingkan balik dengan outer pun dah cari x jumpa dan tertukar2 :))

 

HYBRID CD

94a4a5503f53e825bd3c7407db447ed0

Hybrid CD ini antara yang paling cantik dan paling mahal! setara dengan kualiti! Dan selalunya Hybrid CD masih boleh dipakai bagi anak 2 tahun lebih yang memakai size XL bagi disposable diapers.

 

Range harga CD

Range harga cloth diapers  untuk NIP (New in pack) adalah antara RM25 ke RM35. Antara brand yang famous adalah, QQ Baby, Baby Land, Alva, Happy Flute dan sebagainya.

Saya lebih suka Alva untuk Pocket CD dan Happy Flute untuk heavy wetter (AIO dan AI2).

Bagi brand yang lebih berkualiti, ramai ibu2 menggunakan brand BumGenius, Baby Bare, dan lain lain. Range harga bagi NIP (New in Pack) adalah antara RM65 ke atas.

Bagi Fitted dan Hybrid, expectation price adalah antara RM100 ke atas bagi seketul cloth diapers brand luar.

Untuk fitted dan Hybrid CD yang dijahit oleh Malaysian Mummies, range harga adalah antara RM75 ke atas.

NAMUN! bagi ibu2 yang baru nak bermula dengan lampin moden ini, boleh lah join support group di Facebook. Di group support ini ibu2 boleh dapatkan preloved cloth diapers dengan harga yang lebih murah dari ibu2 lain mahupun beli saja yang baru dari seller2 di dalam group!

Walaupun kita rasa mahal lah satu ketul pun RM25 ke atas, tapi sebenarnya banyak penjimatan yang kita dah buat dari membeli disposable diapers biasa.

TAK PERCAYA? Cuba KIRA!

 

NOTA: next entry saya share pulak cara cuci cloth diapers ni..senang gila saja! 😀

 

Lampin Moden

Cantik2 kan lampin moden ni..sama seperti#shaklee, lampin moden juga lebih baik untuk bumi kita…

lets go green!

Mak buyung adalah salah sorang antara ibu2 yang menyokong penggunaan lampin moden (cloth diapers) ni.. kalau ada mak2 yang baru2 nak usha2 lampin moden ni habaq mai na…kami boleh share group2 n mommies yang awesome yang menjahit n menjual cloth diapers ni..

nanti bebila mak buyung free mak buyung share stashes Hana heeee..

Sharing: Lampin Moden

Harini mak buyung nak berkongsi pengalaman menggunakan lampin moden lah..hihi..

mak buyung mula kenal lampin moden ni pada tahun 2012 iaitu lepas melahirkan anak pertama..ketika ini mak buyung ada membeli 3 keping lampin moden yang akhirnya mak buyung simpan dalam almari sbb rasa susah dan leceh nak pakai..masa tu belum ada group2 yang mendedahkan tentang lampin moden ni..mungkin dah ada tapi mak buyung yg xtahu..hihi..

Semasa mengandungkan anak kedua mak buyung sudah tekad untuk belajar menggunakan lampin moden pada anak kedua..maka bermula lah misi mak buyung mencari ilmu dan berkawan dengan ibu2 yang mggunakan lampin moden pada anak mereka…

Bermula dr situ mak buyung mula kenal dengan group cloth diapers malaysia dan group bst cloth diapers malaysia..paling seronok ibu2 dalam group sangat “supportive” dan tak lokek untuk berkongsi ilmu.. Ibu2 juga terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya..terasa berada dalam satu famili yang sangat besar dan harmoni..mmg terbaiklah!

Dalam group itu juga ibu2 bukan sekadar berkongsi tentang cloth diapers shj bahkan ibu2 juga sering membuat aktiviti “giveaway”..

Admin rasa beruntung menjadi salah seorang daripada ibu2 yang menggunakan cloth diapers!

Tak rugi sgt..jimat lagi ada! 😀

Jun
Tim sihat harmoni

Sumber gambar : ratuhati.com