Pengedar Shaklee Kodiang Kedah

Hai nama saya Hafiz dan kalau dalam Shaklee lebih dikenali sebagai mika. Saya merupakan Business Leader Shaklee dan menjadi pengguna Shaklee sejak 2012 sehingga sekarang. Saya aktif sebagai Pengedar Shaklee secara online dan juga offline.

Saya merupakan ejen Shaklee yang sah dan telah menghadiri kursus dan latihan yang disediakan oleh Shaklee samada berkaitan nutrisi, produk atau pemasaran.

Sekarang saya bermaustatin di Kodiang, Kedah dan sedia melayani customer di Perlis, Changlun dan Jitra. Saya juga menyediakan perkhidmatan secara online di seluruh Malaysia.

Team kami ada di seluruh Malaysia dan kami bersedia untuk berikan servis yang terbaik untuk anda. Boleh hubungi saya melalui call/whatsapp di – 017-7523084.

#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Testimoni Shaklee | Migrain Teruk dari Remaja

Sakit di bahagian kepala ini ada macam-macam jenis. Salah satunya ada migrain. Saya salah seorang yang ada masalah migrain sejak dari remaja lagi. Pelik sikit saya ni bila bulan mengambang/penuh, migrain akan datang menyerang. Tapi saya bukanlah serigala kejadian. Pos kali ni saya nak kongsi testimoni Shaklee saya dengan migrain ni.

Saya tak pasti apa punca saya selalu migrain. Makin menjadi-jadi bila saya dah mula bekerja. Lagi pelik bila bulan mengambang kepala lagi sakit. Mungkin ada kaitan dengan sains la jugak. Graviti ke apa kan.

Apa Itu Migrain?

Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Bagaimana Migraine Berlaku?

Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Testimoni Shaklee Saya

Pada tahun 2014, saya ada ternampak B-Complex Shaklee dalam peti ais kepunyaan isteri saya. Beliau tak konsisten makan B-Complex. Jadi sebab ada rasa sayang B-Complex tu tak habis, jadi saya habiskan la. Sambil-sambil saya study sikit apa kelebihan B-Complex ni lagipun saya tak pernah tahu langsung tentang suplemen.

Ajaibnya dalam beberapa hari, saya rasa badan saya lebih cergas, dah tak letih-letih dan sampai sekarang saya dah tak migrain lagi.

B-Complex ni banyak kelebihan lain terutama untuk tenaga, kesihatan rambut, kuku dan juga kulit. Harga pun sangatlah murah. Tak sampai RM60 untuk kegunaan 2 bulan. Berbaloi kan? Jom kita tengok apa punca migrain.

Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah:

  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok

Jadi jom kita ubah gaya hidup kita supaya jadi lebih sihat dan tak dibebani penyakit-penyakit.

#blogmegashaklee
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023