Resepi Apple Crumble simple dan sempoi!

Bgn pagi teringin apple crumble…nah belanja gambar dulu.

image

image

image

image

Ni resepi yg aku guna:
Untuk inti
1. Granny smith apple 4 biji/apple hijau
2. Seinci kulit kayu manis
3. 1/2 cawan brown sugar
4.  Sedikit air

Untuk crumble:
1. 1 1/2 cawan Tepung naik sendiri
2. 100g butter
3. 4  keping biskut hi fibre (optional)

Cara:
1. Potong  dadu apple dan asingkan secawan
2. Campurkan apple yg di potonng dadu + kulit kayu mnis + gula + air dan masak dengan api sederhana
3. Bila apple agak leembut maasukkan balance secawan apple ygg diasinng tadi. Bila  dah agak masak tutup api.

4. Tepung naaik sendiri di campur dengan butter dan biskut dan digaul sampai jadi sperti serbuk roti
5. Sapu bekas utk mmbakarr dengan butter sket dan ratakan sket dengan crumble
6. Ratakan dengan inti yg dimasak tadi..jgn lupa kuarkan kulit kayu manis lepas inti dah masak.
7. Topping kan dengan crumble kat bahagian atas. Buat sampai abis..
8. Panaskan oven 10 min..then boleh bakar dengan temperature 190° selama 20 minit.
9. Siap boleh hidang!

Siapa kita disisi anak²?

Kalau sebelum ni dalam entry yang lepas saya share tentang siapa anak2 disisi ibu bapa kan?

Nah kali ini ada jawapan untuk siapa pula saya disisi anak sulung saya.

Anak sulung saya ini berumur 5 tahun, ada speech delay, tapi sekarang sudah banyak perubahan yang ditunjukkan. Alhamdulillah..

Tadi masa saya nak ke dapur buat cokodok pisang, saya nampak faqeh duduk di atas meja tulis.. agak rare sebenarnya bila faqeh tanpa di suruh menulis atau melukis di meja.. selalunya di rumah kerjanya main dan tengok tv saja..kalau di ajak menulis atau melukis selalunya tak lama lepas tu faqeh akan buat kerja lain pulak! Haha

Saya jenguk lukis apa pulak anak bertuah ni .. haaa rupanya faqeh lukis bentuk shape! Ada triangle, rectangle dengan circle.. setiap shape ada mata, tangan dan kaki..hihi..ini pengaruh video ABC dan shape di TV.

Petang tadi faqeh ambil lagi kertas kosong dari printer. Katanya ni kertas terakhir. Awalnya saya marah takut faqeh gunting dan sepahkan. Tapi lepas tu baru saya tahu yang dia nak lukis.

Saya tanya “faqeh buat apa tu?”

Faqeh jawab, “faqeh tulis ibu”

Saya balas, “bukan tulis, lukissss, lukissss ibuuuu”

Lepas tu panjang lebar faqeh present master piece dia.

“Ini ibu, yang tengah ni kek dengan kueh, tepi ni tong sampah”

Amboi faqeh mentang2 ibu baru buat cookies kemarin, harini terus lukis ibu drngan kueh dan kek..haha

Yang tong sampah tu x boleh tahan.. agaknya nak kata ibu ni xda keja lain asyik duk di dapur saja..setiap kali faqeh ajak main dengan dia time tu la betul ibu nak masak la, nak siang ikan la..

Tapi paling best dimata faqeh ibu ni kurus slim ja…hahahaha..rambut jarang2.. tangan gitu agaknya ibu ni rajin kemas rumah kan..hahaha..

Ini lah ibu dimata faqeh..agaknya macam mana la ibu2 lain di mata anak masing2, cuba suruh depa lukis..haha

Ini lah ibu dimata faqeh.. huhu..harap2 lepas ni faqeh lukis abah dimata faqeh pulak..teringin gak nak tgk hahahah

Projek Rutin Harian Anak (Printable)

WhatsApp Image 2017-09-22 at 9.58.54 PM

Thank you abah tolong sempurnakan activity corner for Faqeh dan Hana 😀 Hopefully no more messy carpet sebab terlekat playdoh, no more lantai melekit2 sebab playdoh! paling penting no more “master piece” kat dinding :))

WhatsApp Image 2017-09-22 at 9.58.54 PM (1)

Ini daily checklist Faqeh dan Hana. Insyallah tiada lagi tengok TV 24 hours a day! at least banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat selain tengok TV :p

Oh ya, kids chores ni boleh google saja ada macam2 yang orang share! Cantik dan menarik sangat! Ini yang saya buat untuk kami.

Chores-by-age

sumber: google saja lepas tu saya edit balik ikut keperluan sendiri.

===============================================

daily checklist faqeh hana

DOWNLOAD Printable: daily checklist

Daily checklist Hana dan Faqeh macam biasa kalau weekdays, banyak apply yang sesi malam saja, sebab seharian di tadika dah ada jadual sendiri so balik ke rumah, siap2 untuk maghrib dan solat jemaah dengan abah lepas tu mengaji, main dan tido!

Ha dalam checklist pun ada VITAMIN TIME! Bukan apa nak pastikan yang dua-dua anak ambil vitamin, sebelum ni Hana saja yang rajin kunyah minyak ikan! untuk Faqeh sebabkan dia x lalu minyak ikan, so kita tukar kepada mealshake! bancuh mealshake (multivitamin) paling bagus dlm mealshake ada acacia gum (gam arab).

Sejak ada baby kecik, both Faqeh dan Hana akan tidur sebelum jam 10 atau atleast by 10 pm! Its a good thing jugak kan so esok pagi2 jam 5 pagi dua2 dah bangun ..ihhi

chores faqeh

MY CHORE CHART ni pulak untuk train anak2 supaya biasa dengan kerja rumah. Bermula dengan yang paling basic dan boleh refer AGE APPROPRIATE CHORES.

Semoga dengan usaha murni ibu dan abah ni anak2 membesar dan boleh berdikari tanpa suka2 hati memberi arahan atau mengharapkan orang pada perkara2 yang simple pun kan?

chores hana

DOWNLOAD Printable : Chore Chart

Next projek ibu adalah: WORK FOR HIRE dan TOYS JAIL!

Ha apa benda tu? hiihiiihi..kalau nak tahu kena la follow blog ni! yang pasti 2 projek ni adalah projek yang super duper menarik untuk train anak2 😀

 

Nota Kaki Anak Genius#2:

Ibu yg paling CANTIK, adalah ibu yg paling BAIK!💕💕