Bisnes, ilmu dan mentor!

-Ubah dengan mentor, ilmu &strategi yang betul!

Bila difikirkan balik suatu ketika dulu apa pekerjaan dan bisnes yang tak pernah kami buat, bermula dengan bisnes hometuition di rumah, di bawa ke universiti, kerepek, akar nyok!, tudung, kain, barang UK, barang Jepun, barang dari china, dropship.

Hafiz pulak vitamin c (bukan brand shaklee pun dia pernah buat dropship), perfume, cakar ayam, blablabla, tudung pun hafiz pernah jual.

Cuma kami tak pernah jumpa bisnes seperti yang shaklee tawarkan ini. Dari hati saya cakap, saya pernah buat bisnes yang memerlukan modal, pernah keluarkan modal beribu untuk beli stock cakar ayam yang super sedap dan rangup tapi akhirnya lemau dan masuk angin sebab stock tak terjual. Kain skirt yang saya beli dari supplier yang kita jual dengan harga rm15 pun tak terjual yang akhirnya saya letgo free masa FREE MARKET KINDNESS.

Dropship yang saya penah buat dulu memang x perlukan simpanan stock tapi tetap berisiko sebab kita hanya menjadi orang tengah, jika apa2 berlaku bukan semua supplier mahu ambil tanggungjawab. Sudah banyak cerita yang saya dengar, seller hilang selepas customer tak terima barang, barang rosak, supplier tak mahu bertanggungjawab. Semuanya di tanggung di bahu dropshipper.

Sungguh! Mana ada business yang tak ada risiko. Untung rugi biasa lah dalam bisnes! Tapi sungguh juga saya katakan, bisnes shaklee yang mudah, paling saya sayang dan suka!

Sayang? ya sayang sebab melalui shaklee kami membina empayar Sihat Harmoni yang sekarang sudah ada beratus ejen seluruh malaysia samada makan sendiri atau ejen untuk bisnes. Ya, sayang sebab downlines yang sy panggil ejen-ejen ini seperti keluarga! sebab itu juga Hafiz dipanggil ATOK di dalam tim kami!

Paling mudah? Ya! mudah sebab tak perlu beli stok banyak-banyak sampai penuh rumah, sampai abis duit gaji, sampai berhutang dan buat loan! TAK PERLU! Bisnes yang berjaya adalah yang bermula dengan apa yang ada tanpa HUTANG. Lagi tak perlu pening kepala bimbang kalau-kalau barang tak sampai atau rosak ketika sampai pada customer sebab shaklee uruskan semua pengeposan jika pembelian adalah dr website shaklee. Paling penting tak perlu berderet heret anak-anak beratur di poslaju untuk pos barang dan tak perlu fikir nak timbang berat barang, ukur dimensi barang dll!

Gila senang!

Vivix yang sebelum ni kami takut nak jual, sekarang senang gila orang nak beli! lagi senang dari jual vivix dari jual skirt suatu ketika dulu! Tak percaya tanyalah customer yang dah rasa #shakleeeffects takkan fikir panjang dah untuk beli vivix walaupun harganya paling mahal di antara produk shaklee.

satu ketika masa saya masih aktif berbisnes Barang UK, sikit pun saya tak terfikir nak ikut jejak Hafiz terjebak dengan shaklee, tapi sejak saya lafaz dengan sepenuh hati untuk belajar marketing plan shaklee, buat shaklee dan mahu grow dengan shaklee, sangat Allah permudahkan jalan untuk saya. Betul orang kata, kerja kita perlu didahului dengan niat! PERCAYA SEBELUM BERJAYA!

Saya paling suka bisnes shaklee sebab ini bukan bisnes biasa-biasa yang mahukan untung masuk pada kita semata-mata, tapi ini bisnes yang ajar kita untuk MEMBERI sama ada untuk orang lain, mahupun diri sendiri!

Ko cari lah bisnes lain yang akan ajar orang lain untuk berjaya bersama! Mostly, yang selalu kita jumpa, bisnes kau, kau punya, bisnes aku, aku punya walaupun buat produk yang sama!

Dalam team kami, datang lah pada kami dan cakap, “saya nak berjaya, tolong ajarkan saya” berbunga-bunga hati kami untuk kami ajarkan apa yang kami tahu! pelik kan? haa tapi benar!

Yang tak pernah kenal shaklee dan tak berada di dalam shaklee, mungkin menilai tanpa kenal pun! Biasa lah, tak kenal, tak cinta, dah cinta, dah break up pun boleh kembali! hehe.

Dalam tim kami, kami percaya untuk berjaya, kita perlu berubah dengan ilmu, mentor dan strategi yang betul!

Anda pula, bagaimana? 🙂

 

NOTA: Ini adalah pandangan saya semata-mata, setiap bisnes yang didahului dengan niat yang baik adalah menjadi ibadah untuk kita, semoga diberkati dan memberi manfaat untuk semua! 

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.